Borneo's Online Supermarket

MDEC Sokong DFTZ di KKIP

Dari Utusan Borneo (Sabah) 21 Mar 2018, Oleh John Tambanan

 

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyokong insiatif kerajaan negeri Sabah untuk membangunkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood. Beliau berkata demikian semasa mengetuai rombongannya mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembagunan Perindustrian, Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah, di pejabatnya baru-baru ini.

 

… Semasa pertemuan itu, Yasmin kagum dengan usaha Kementerian Perindustrian untuk membangunkan Pusat Perkhidmatan dan Penyumberan Luar Berkongsi (SSO) yang dibangunkan di KKIP dengan pendekatan agresif yang diterima pakai oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu PKS berkembang, untuk menyediakan rantaian bekalan yang lengkap kepada PKS semasa memasar produk mereka.

 

“Konsep SSO sudah selaras dengan keperluan DFTZ yang menyediakan bahagian fizikal dan kami memerlukan sokongan daripada MDEC di bahagian maya,” kata Yasmin

 

 

Artikel surat khabar di bawah.

Share This Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart